Eko-pelancongan Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal

Kepadatan tempat-tempat menarik seperti gunung dan puncak gunung yang memukau, sungai dan air terjun yang cantik, dan komuniti yang mempunyai budaya yang kaya boleh menjadi pemangkin kepada rizab untuk menjadi salah satu tempat tumpuan umum untuk pelancong dari luar dan dalam negara. Walaupun masih belum dibuka sepenuhnya untuk pelancongan. Terdapat beberapa kawasan yang menarik untuk dilawati. Kawasan tersebut termasuklah:

Permandangan menarik di puncak Gunung Benom
  • Gunung Benom merupakan puncak kedua tertinggi di dalam negeri Pahang dan merupakan puncak ke-sembilan tertinggi diseluruh semenanjung Malaysia dengan ketinggian 2,107 meter di atas paras laut. [5]
  • Air terjun Lata Bujang mempunyai 7 lapisan air terjun dengan perjalanan yang memakan masa kurang dari satu jam daripada titik masuk terdekat.
  • Gunung Tungku
  • Bukit Bongkok
Lata Sebarau yang terletak didalam Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal
  • Lata Sebarau
  • Kuala Gandah Elephant Conservation Centre merupakan salah satu Pusat Konservasi Hidupan Liar yang dekat dengan kawasan rizab. Terletak di bahagian selatan rizab. Kawasan ini percuma untuk dimasuki dan pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti dengan gajah.